Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ تعالى يأمُرُك أن تُراجعَ حفصةَ رحمةً لعمرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan kamu untuk merujuk Hafsah sebagai tanda rahmat kepada ‘Umar.
Sahabat Perawi
- ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhaniyy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 960, hadis no. 4954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عقبة بن عامر الجهني – رضي الله عنه – أن النبي ﷺ طلّق حفصة، فبلغ ذلك عمر بن الخطاب، فوضع التراب على وجهه فقال: ما يعبأ الله بك يا ابن الخطاب بعد هذا. فنزل جبريل – عليه السلام – فقال: إن الله – تعالى – يأمرك أن تراجع حفصة رحمة لعمر. [طب، الضعيفة (6340)].
(Palsu) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhaniyy RA bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah. Maka berita itu sampai kepada ‘Umar bin al-Khattab RA, lalu dia melemparkan tanah ke mukanya seraya berkata: Allah tidak akan mempedulikan kamu lagi selepas ini wahai anak al-Khattab. Kemudian Jibril AS turun menyampaikan wahyu dan berkata kepada Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan kamu untuk merujuk Hafsah sebagai tanda rahmat kepada ‘Umar. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6340].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman