Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن سعيد بن المسيب: " أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمر بقتل ابن أبي سرح يوم الفتح، وفرتنا وابن الزبعري وابن خطل، فأتاه أبو برزة، وهو متعلق بأستار الكعبة، فبقر بطنه، وكان رجل من الأنصار قد نذر إن رأى ابن أبي سرح أن يقتله، فجاء عثمان، وكان أخاه في الرضاعة، فشفع له عند النبي صلى الله عليه وسلم، وقد أخذ الأنصاري بقائم السيف ينتظر النبي صلى الله عليه وسلم متى يومئ إليه أن يقتله، فشفع له عثمان حتى تركه، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للأنصاري: هلا وفيت بنذرك؟ فقال: يا رسول الله! وضعت يدي على قائم السيف أنتظر متى تومئ فأقتله، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: " الإيماء خيانة، ليس لنبي أن يومئ ".
Teks Bahasa Melayu
Daripada Sa’id Bin Musayyib bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk membunuh Ibn Abi Sarh, Fartinan, Ibn al-Zub’ari dan Ibn Khatal pada hari pembukaan kota Mekkah. Maka telah datang Abu Barzah kepadanya dan dia sedang bergantung kepada kelambu Kaabah dan membelah perutnya. Terdapat seorang lelaki daripada kalangan Ansar yang telah bernazar bahawa jika dia melihat Ibn Abi Sarh maka dia akan membunuhnya. Lalu datang Uthman, dan beliau merupakan saudara susuannya. Lalu dia meminta perlepasan (dari hukuman bunuh) kepada Nabi SAW dan orang Ansar itu telah mengambil pemegang pedang sambil menunggu Nabi SAW untuk memberi isyarat supaya membunuhnya. Maka Uthman meminta perlepasan dari Nabi SAW sehingga baginda meninggalkannya. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang Ansar itu: Adakah kamu telah melaksanakan nazarmu? Lalu dia menjawab: Wahai Rasulullah! Aku telah meletakkan tanganku di pemegang pedang (telah bersedia) menantikan bilakah engkau memberi isyarat maka aku akan membunuhnya. Lalu Nabi SAW berkata: Isyarat itu adalah satu pengkhianatan, tidak harus Nabi untuk memberi isyarat.
Sahabat Perawi
- [yang tidak dinyatakan sahabat yang meriwayatkannya]
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1676-1677, hadis no. 8458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Ibn Sa’d
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman