Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُشرِكوا باللَّهِ شيئًا وإن قُطِّعتُمْ أو حرِّقتُمْ أو قُتلتُمْ. ولا تترُكوا الصَّلاةَ المكتوبَةَ مُتعمِّدينَ فمَن ترَكَها مُتعمِّدًا فقَد خرجَ منَ الملَّةِ. ولا تركبو المعصيةَ فإنَّها من سَخطِ اللَّهِ ولا تشرَبوا الخمرَ فإنَّها رأسُ الخطايا كُلِّها ولا تفِرُّوا منَ القتلِ والموتِ وإن كنتُمْ فيهِ. ولا تَعصيَنَّ والديكَ وإن أمراكَ أن تخرُجَ منَ الدُّنيا كُلِّها فاخرُجْ، ولا تضَعْ عصاكَ عَن أَهْلِكَ، وأنصِفهُم مِن نفسِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah memberi wasiat kepada aku dengan tujuh perkara: Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun sekalipun kamu dikerat-kerat, dibakar atau dibunuh. Jangan meninggalkan solat fardu dengana sengaja. Sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, maka dia telah terkeluar dari agama. Jangan melakukan maksiat. Sesungguhnya maksiat mengundang kemurkaan Allah. Jangan minum arak kerana arak ialah kepala bagi segala kejahatan. Jangan lari daripada peperangan dan kematian jika kamu telah berada di dalamnya. Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa, sekalipun mereka menyuruh kamu keluar dari dunia. Jangan sekali-kali memukul ahli keluarga kamu dan berlaku adil terhadap diri mereka.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1018, hadis no. 5240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: أوصاني رسول الله ﷺ بسبع خصال: لا تشركوا بالله شيئا وإن قطّعتم أو حرّقتم أو قتّلتم. ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمّدين,ذ، فمن تركها متعمّدا فقد خرج من الملة. ولا تركبوا المعصية فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الخمر فإنها رأس الخطايا كلّها. ولا تفرّوا من القتل والموت وإن كنتم فيه. ولا تعصينّ والديك وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها ولا تضع عصاك عن أهلك وأنصفهم من نفسك. [تخ, ابن نصر في الصلاة, ابن عبد الحكم في فتوح مصر, ابن أبي حاتم في تفسيره, الضعيفة (5991)]
(Munkar dengan lafaz sebegini) Daripada Ubadah bin al-Samit RA , beliau berkata: “Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepaaku dengan tujuh perkara: Rasulullah SAW telah memberi wasiat kepada aku dengan tujuh perkara: Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun sekalipun kamu dikerat-kerat, dibakar atau dibunuh. Jangan meninggalkan solat fardu dengana sengaja. Sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, maka dia telah terkeluar dari agama. Jangan melakukan maksiat. Sesungguhnya maksiat mengundang kemurkaan Allah. Jangan minum arak kerana arak ialah kepala bagi segala kejahatan. Jangan lari daripada peperangan dan kematian jika kamu telah berada di dalamnya. Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa, sekalipun mereka menyuruh kamu keluar dari dunia. Jangan sekali-kali memukul ahli keluarga kamu dan berlaku adil terhadap diri mereka. [Riwayat Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Muhammad bin Nasr al-Marwazi dalam Kitab al-Solat, Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, Ibn Abi Hatim dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5991]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman