Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW telah membahagikan harta rampasan perang kepada Sahlah Binti Asim Bin Adiy dan anak perempuannya

Teks Bahasa Arab

قسم صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ يومَ خيبرَ لسهلةَ بنتِ عاصمِ بنِ عديٍّ ولابنةٍ لها ولدتْ

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW telah membahagikan harta rampasan perang kepada Sahlah Binti Asim Bin Adiy dan anak perempuannya pada hari peperangan Khaibar.

Sahabat Perawi

  1. Thabit bin Harith al-Ansariy RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023, hadis no. 5254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت بن الحارث الأنصاري قال: قسم رسول الله ﷺ يوم خيبر لسهلة بنت عاصم بن عدي ولابنة لها ولدت. [طب, أبو نعيم في المعرفة, الضعيفة (6117)]

(Lemah)Daripada Thabit bin al-Harith al-Ansariy, beliau berkata: Rasulullah SAW telah membahagikan harta rampasan perang kepada Sahlah Binti Asim Bin Adiy dan anak perempuannya pada hari peperangan Khaibar. [Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Ma’rifah; al-Dha’ifah no. 6117]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.