Rasulullah SAW telah melintasi (tempat terbaringnya jasad) Mus’ab bin Umair

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين انصرف من أحد مر على مصعب بن عمير وهو مقتول – على طريقه -، فوقف عليه رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودعا له، ثم قرأ هذه الآية: ( من ٱلمؤمنين رجال صدقواْ ما عهدواْ ٱلله عليه ۖ فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر ۖ وما بدلواْ تبديلا) ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أشهد أن هؤلاء شهداء عند الله يوم القيامة، فأتوهم وزوروهم، والذي نفسي بيده! لا يسلم عليهم أحد إلى يوم القيامة إلا ردو عليه)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah SAW telah melintasi (tempat terbaringnya jasad) Mus’ab bin Umair ketika baginda pulang dari Uhud, dia (Mus’ab) telah terbunuh – dalam perjalanan (jihad)nya -, Rasulullah SAW kemudian berhenti disampingnya (jasad Mus’ab) dan mendoakannya. Baginda SAW lalu membacakan ayat ini: (Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)) (Al-Ahzab: 23). Kemudian baginda SAW bersabda: “Aku bersaksi bahawa mereka semua ialah syuhada di sisi Allah pada hari kiamat. Maka pergilah (ke kubur mereka) dan ziarahlah mereka. Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang pun yang memberi salam kepada mereka sehingga hari kiamat melainkan mereka akan menjawabnya.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1889, hadis nombor 9511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين انصرف من أحد مر على مصعب بن عمير وهو مقتول – على طريقه -، فوقف عليه رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودعا له، ثم قرأ هذه الآية: ﴿ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُۥ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبْدِيلًا﴾، ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أشهد أن هؤلاء شهداء عند الله يوم القيامة، فأتوهم وزوروهم، والذي نفسي بيده! لا يسلم عليهم أحد إلى يوم القيامة إلا ردوا عليه)). [ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (5221)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah melintasi (tempat terbaringnya jasad) Mus’ab bin Umair ketika baginda pulang dari Uhud, dia (Mus’ab) telah terbunuh – dalam perjalanan (jihad)nya -, Rasulullah SAW kemudian berhenti disampingnya (jasad Mus’ab) dan mendoakannya, baginda SAW lalu membacakan ayat ini: (Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)) (Al-Ahzab: 23). Kemudian baginda SAW bersabda: “Aku bersaksi bahawa sekalian syuhada ini akan berada di sisi Allah pada hari kiamat. Maka pergilah (ke kubur mereka) dan ziarahlah mereka. Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang pun yang memberi salam kepada mereka sehingga hari kiamat melainkan mereka akan menjawabnya.” [Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5221]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.