Rasulullah SAW telah melarang untuk seseorang lelaki itu menamakan hambanya atau anaknya dengan nama Harith

TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يسمي الرجل عبده أو ولده حارثا أو مرة أو وليدا أو حكما أو أبا الحكم أو أفلح أو نجيحا أو يسارا وقال: "أحب الأسماء إلى الله عز وجل ما تعبد به وأصدق الأسماء همام".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah melarang untuk seseorang lelaki itu menamakan hambanya atau anaknya dengan nama Harith atau Murrah atau Walid atau Hakam atau Abul Hakam atau Aflah atau Najih atau Yasar, lantas Baginda bersabda: “Nama yang paling dicintai di sisi Allah SWT ialah apa yang menunjukkan pengabdian dirinya kepada Allah dan nama yang paling benar ialah Hammam".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis nombor 4655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: ((نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يسمي الرجل عبده أو ولده حارثا أو مرة أو وليدا أو حكما أو أبا الحكم أو أفلح أو نجيحا أو يسارا وقال: "أحب الأسماء إلى الله عز وجل ما تعبد به وأصدق الأسماء همام)).
[طب، طس، ((الضعيفة)) (408)].

(Palsu)
Daripada Ibn Mas’ud RA bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW telah melarang untuk seseorang lelaki itu menamakan hambanya atau anaknya dengan nama Harith atau Murrah atau Walid atau Hakam atau Abul Hakam atau Aflah atau Najih atau Yasar, lantas Baginda bersabda: “Nama yang paling dicintai di sisi Allah SWT ialah apa yang menunjukkan pengabdian dirinya kepada Allah dan nama yang paling benar ialah Hammam”.
[Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no: 408].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs