Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أن يُسمِّيَ الرَّجلُ عبدَه أو ولدَه حارثًا أو مُرَّةَ أو وليدًا أو حَكمًا أو أبا الحَكَمِ أو أفلَحَ أو نَجيحًا أو يَسارًا وقال أحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ ما يُعبَدُ به وأصدقُ الأسماءِ همَّامٌ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah melarang untuk seseorang lelaki itu menamakan hambanya atau anaknya dengan nama Harith atau Murrah atau Walid atau Hakam atau Abul Hakam atau Aflah atau Najih atau Yasar, lantas Baginda bersabda: “Nama yang paling dicintai di sisi Allah SWT ialah apa yang menunjukkan pengabdian dirinya kepada Allah dan nama yang paling benar ialah Hammam".
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis no. 4655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يسمي الرجل عبده أو ولده حارثا أو مرة أو وليدا أو حكما أو أبا الحكم أو أفلح أو نجيحا أو يسارا وقال: "أحب الأسماء إلى الله عز وجل ما تعبد به وأصدق الأسماء همام. [طب، طس، الضعيفة (408)].
(Palsu) Daripada Ibn Mas’ud RA bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW telah melarang untuk seseorang lelaki itu menamakan hambanya atau anaknya dengan nama Harith atau Murrah atau Walid atau Hakam atau Abul Hakam atau Aflah atau Najih atau Yasar, lantas Baginda bersabda: “Nama yang paling dicintai di sisi Allah SWT ialah apa yang menunjukkan pengabdian dirinya kepada Allah dan nama yang paling benar ialah Hammam”. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no: 408].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman