Munkar Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُدِمَ عَلَى رَسُولُ اللهِ - صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم - بِسَبْيٍ، فَقَالَ عَلِي لِفَاطِمَةِ: ائْتِي أَبَاكِ؛ فَسَلِيهِ خَادِمًا نَتَّقي بِهِ العَمَل، فَأَتَتْ أَبَاهَا حِينَ أمست، فَقَالَ لَهَا: ((مَا لَكِ يَا بنية؟!)) قَالَتْ: لَا شَيء، جِئْتُ لِأسلم عَلَيكَ، وَاسْتحيتْ أَن تَسْأَلَهُ شَيْئًا، فَلَمَّا رَجَعَتْ قَالَ لَهَا عَلِي: مَا فَعَلْتِ؟ قَالَتْ: لَمْ أَسْأَلُهُ شَيْئًا وَاسْتحيَيْتُ مِنْهُ. حَتَّى إِذَا كَانَتْ اللَيْلَة القَابِلَة قَالَ لَهَا: ائْتِي أَبَاكِ فَسَلِيهِ خَادِمًا تتقين بِهِ العَمَل، فَأَتَتْ أَبَاهَا، فَاستحيت أَن تَسْأَلَهُ شَيْئًا. حَتَّى إِذَا كَانَتْ اللَيْلَةَ الثَّالِثَة مَسَاءً؛ خَرَجْنَا جَمِيعًا حَتَّى أَتَيْنَا رَسُول الله - صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم - فَقَالَ: ((مَا أَتَی بِکُمَا؟)). فَقَالَ عَلِي: یَا رَسُولُ الله! شق عَلَيْنَا العَمَل، فَأَرَدْنَا أَن تُعْطِينَا خَادِمًا نتقي بِهِ العَمَل! فَقَالَ لَهُمَا رَسُولُ اللهِ - صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم -: ((هَل أدلكما عَلَى خَير لَكُمَا مِن حُمْرِ النَّعَم؟)) قَالَ عَلِي: يَا رَسُولُ اللهِ! نَعَمْ. قَالَ: ((تَكْبِيرَاتُ، وَتَسْبِيحَاتٌ، وَتَحْمِیدَاتٌ مِئَة؛ حِينَ تُرِيدَانِ أَن تَنَامَا، فتبيتان عَلَى أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمِثلهَا حِينَ تُصْبِحَانِ، فَتقومَانِ عَلَى أَلْفِ حَسَنَةِ)). فَقَالَ عَلِي: فَمَا فاتتني مُنْذُ سَمِعْتُهَا مِن رَسُول اللهِ - صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم - إِلَّا لَيْلَة صِفِّين؛ فَإِنِّي نَسٍيتُهَا، حَتَّى ذكرتها مِن آخر اللَيْل فقلتها.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah dibawakan seorang tawanan perang kepadanya. Lalu 'Ali berkata kepada Fatimah: "Pergilah jumpa ayahmu; Mintalah kepadanya khadam untuk bantu kita bekerja." Fatimah pun pergi menemui ayahnya pada petang hari. Baginda pun bertanya kepada Fatimah: "Apa hajatmu wahai anak perempuanku?" Fatimah pun menjawab: "Tiada apa. Aku datang sekadar untuk memberi salam kepadamu." Beliau segan untuk meminta sesuatu kepada baginda. Tatkala pulang, Ali pun bertanya kepada Fatimah: "Apa yang engkau telah lakukan?" Fatimah pun menjawab: "Aku tidak meminta sesuatu pun kepada baginda. Aku segan dengannya." Kemudian pada malam berikutnya, 'Ali berkata kepada Fatimah lagi: "Pergilah jumpa ayahmu. Mintalah kepadanya khadam untuk kita ambilnya bekerja." Fatimah pun pergi menemui ayahnya lagi namun beliau masih segan untuk meminta sesuatu kepada baginda. Sehinggalah pada malam ketiga, kami ('Ali dan Fatimah) keluar bersama untuk menemui Rasulullah SAW. Baginda pun bertanya: "Apa hajat kamu berdua?" Maka 'Ali menjawab: "Kerja rumah telah menyusahkan kami. Kami ingin engkau berikan seorang khadam kepada kami untuk membantu kami buat kerja." Maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka berdua: "Mahukah kalian jika aku beritahu sesuatu yang lebih baik dari unta merah?" 'Ali pun menjawab: "Tentu sekali wahai Rasulullah!" Baginda pun menyebut: "Takbir, tasbih dan tahmid sebanyak 100 kali; bacalah ia tatkala kalian berdua hendak tidur pada malam hari. Nescaya (ganjaran yang kalian akan peroleh) kalian akan tidur malam di atas 1000 kebaikan. Begitu juga apabila kalian bangkit dari tidur di siang hari. Kalian akan bangun di atas 1000 kebaikan." 'Ali berkata: "Semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah, aku tak pernah tinggalkan ia melainkan pada malam peperangan Siffin; Aku lupa untuk mengucapkan sehinggalah aku teringat semula pada akhir malam, aku pun ucapkannya."
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1892-1893, hadis no. 9525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz ini sepenuhnya) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Rasulullah SAW telah dibawakan seorang tawanan perang kepadanya. Lalu 'Ali berkata kepada Fatimah: "Pergilah jumpa ayahmu; Mintalah kepadanya khadam untuk bantu kita bekerja." Fatimah pun pergi menemui ayahnya pada petang hari. Baginda pun bertanya kepada Fatimah: "Apa hajatmu wahai anak perempuanku?" Fatimah pun menjawab: "Tiada apa. Aku datang sekadar untuk memberi salam kepadamu." Beliau segan untuk meminta sesuatu kepada baginda. Tatkala pulang, Ali pun bertanya kepada Fatimah: "Apa yang engkau telah lakukan?" Fatimah pun menjawab: "Aku tidak meminta sesuatu pun kepada baginda. Aku segan dengannya." Kemudian pada malam berikutnya, 'Ali berkata kepada Fatimah lagi: "Pergilah jumpa ayahmu. Mintalah kepadanya khadam untuk kita ambilnya bekerja." Fatimah pun pergi menemui ayahnya lagi namun beliau masih segan untuk meminta sesuatu kepada baginda. Sehinggalah pada malam ketiga, kami ('Ali dan Fatimah) keluar bersama untuk menemui Rasulullah SAW. Baginda pun bertanya: "Apa hajat kamu berdua?" Maka 'Ali menjawab: "Kerja rumah telah menyusahkan kami. Kami ingin engkau berikan seorang khadam kepada kami untuk membantu kami buat kerja." Maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka berdua: "Mahukah kalian jika aku beritahu sesuatu yang lebih baik dari unta merah?" 'Ali pun menjawab: "Tentu sekali wahai Rasulullah!" Baginda pun menyebut: "Takbir, tasbih dan tahmid sebanyak 100 kali; bacalah ia tatkala kalian berdua hendak tidur pada malam hari. Nescaya (ganjaran yang kalian akan peroleh) kalian akan tidur malam di atas 1000 kebaikan. Begitu juga apabila kalian bangkit dari tidur di siang hari. Kalian akan bangun di atas 1000 kebaikan." 'Ali berkata: "Semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah, aku tak pernah tinggalkan ia melainkan pada malam peperangan Siffin; Aku lupa untuk mengucapkan sehinggalah aku teringat semula pada akhir malam, aku pun ucapkannya." [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, dan Abu Daud tidak menyebutkan dengan lafaznya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5321]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman