Rasulullah SAW telah bersabda ketika baginda sakit: “Panggilkan saudaraku”

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله ﷺ قال في مرضه: ((ادعوا لي أخي)). فدعوا له أبا بكر فأعرض عنه. ثم قال: ((ادعوا لي أخي)). فدعوا له عمر فأعرض عنه. ثم قال: ((ادعوا لي أخي)). فدعوا عثمان فأعرض عنه. ثم قال: ((ادعوا لي أخي)). فدعي له علي بن أبي طالب فستره بثوب، وانكب عليه. فلما خرج من عنده قيل له: ما قال؟قال: علمني ألف باب يفتح كل باب إلى ألف باب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah bersabda ketika baginda sakit: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil Abu Bakar lalu baginda berpaling darinya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil ‘Umar lalu baginda berpaling darinya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil Uthman lalu baginda berpaling darinya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil ‘Ali bin Abu Talib, baginda menutupinya dengan kain dan berbincang dengannya. Sewaktu ‘Ali keluar, seseorang telah bertanya: “Apa yang dikatakan oleh Rasulullah?” Dia menjawab: “Aku telah diajarkan mengenai seribu pintu. Setiap pintu akan membuka lagi seribu pintu.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1870, hadis nombor 9425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن – عمرو رضي الله عنهما – أن رسول الله ﷺ قال في مرضه: ((ادعوا لي أخي)). فدعوا له أبا بكر فأعرض عنه. ثم قال: ((ادعوا لي أخي)). فدعوا له عمر فأعرض عنه. ثم قال: ((ادعوا لي أخي)). فدعوا عثمان فأعرض عنه. ثم قال: ((ادعوا لي أخي)). فدعي له علي بن أبي طالب فستره بثوب، وانكب عليه. فلما خرج من عنده قيل له: ما قال؟قال: علمني ألف باب يفتح كل باب إلى ألف باب. [عد، إبن عساكر {الضعيفة}(٤٩٦٨)]

(Munkar) Dari Abdullah bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ketika baginda sakit: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil Abu Bakar lalu baginda berpaling darinya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil ‘Umar lalu baginda berpaling darinya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil Uthman lalu baginda berpaling darinya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan saudaraku.” Mereka memanggil ‘Ali bin Abu Talib, baginda menutupinya dengan kain dan berbincang dengannya. Sewaktu ‘Ali keluar, seseorang telah bertanya: “Apa yang dikatakan oleh Rasulullah?” Dia menjawab: “Aku telah diajarkan mengenai seribu pintu. Setiap pintu akan membuka lagi seribu pintu.” [Riwayat Ibn ‘Adi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4968]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.