Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: Selamat datang wahai penghulu sekalian Muslim

TEKS BAHASA ARAB

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مرحبا بسيد المسلمين وإمام المتقين)). فقيل لي علي: فأي شئ كان من شكرك؟ قال: حمدت الله تعالى على ما آتاني وسألت الشكر على ما أولاني وأن يزيدني مما أعطاني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: "Selamat datang wahai penghulu sekalian Muslim dan imam bagi orang-orang bertakwa.” Seseorang bertanya kepada Ali: “Yang mana satukah engkau syukuri?” Aku menjawab: “Aku memuji Allah di atas apa yang telah Dia hadirkan untuk aku, aku memohon kesyukuran atas lantikan aku sebagai pemimpin dan memohon agar Dia menambah atas apa yang Dia telah kurniakan kepada aku.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874, hadis nombor 9445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مرحبا بسيد المسلمين وإمام المتقين)). فقيل لي علي: فأي شئ كان من شكرك؟ قال: حمدت الله تعالى على ما آتاني وسألت الشكر على ما أولاني وأن يزيدني مما أعطاني. [حل، إبن عساكر، ((الضعيفة)) (4885)]

(Palsu) Dari Ali RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: "Selamat datang wahai penghulu sekalian Muslim dan imam bagi orang-orang bertakwa.” Seseorang bertanya kepada Ali: “Yang mana satukah engkau syukuri?” Aku menjawab: “Aku memuji Allah di atas apa yang telah Dia hadirkan untuk aku, aku memohon kesyukuran atas lantikan aku sebagai pemimpin dan memohon agar Dia menambah atas apa yang Dia telah kurniakan kepada aku.” [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 4885]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs