Rasulullah SAW telah bersabda di atas mimbar

TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! استحيوا من الله حق الحياء. فقال رجل: يا رسول الله! إنا لنستحيي من الله تعالى! فقال: من كان منكم مستحيياً من الله حق الحياء؛ فلا يبيتن ليلة إلا وأجله بين عينيه، وليحفظ البطن وما وعى، والرأس وما حوى، وليذكر الموت والبلى، وليترك زينة الحياة الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah bersabda di atas mimbar dan orang ramai berada di sekeliling Baginda SAW: “Wahai orang ramai, malulah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu.” Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami ini berasa malu kepada Allah Ta‘ālā. Baginda SAW telah bersabda: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang berasa malu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu, maka janganlah dia tidur pada waktu malam melainkan ajalnya berada antara kedua matanya. Dan hendaklah dia menjaga perut dan apa yang terkandung (di dalamnya), kepala dan apa yang terkandung (di dalamnya). Dan hendaklah dia mengingati kematian dan bala, serta meninggalkan perhiasan kehidupan dunia’’.

STATUS

Palsu Dengan Lafaz Yang Penuh

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 97, hadis nombor 500. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم على منبر والناس حوله: أيها الناس! استحيوا من الله حق الحياء. فقال رجل: يا رسول الله! إنا لنستحيي من الله تعالى! فقال: من كان منكم مستحيياً من الله حق الحياء؛ فلا يبيتن ليلة إلا وأجله بين عينيه، وليحفظ البطن وما وعى، والرأس وما حوى، وليذكر الموت والبلى، وليترك زينة الحياة الدنيا.
[طس، ((الضعيفة)) (5264)]

(Palsu Dengan Lafaz Yang Penuh)
Daripada ‘Ā’ishah RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda di atas mimbar dan orang ramai berada di sekeliling Baginda SAW: “Wahai orang ramai, malulah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu.” Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami ini berasa malu kepada Allah Ta‘ālā. Baginda SAW telah bersabda: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang berasa malu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu, maka janganlah dia tidur pada waktu malam melainkan ajalnya berada antara kedua matanya. Dan hendaklah dia menjaga perut dan apa yang terkandung (di dalamnya), kepala dan apa yang terkandung (di dalamnya). Dan hendaklah dia mengingati kematian dan bala, serta meninggalkan perhiasan kehidupan dunia’’.
[Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam Al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5264]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs