Rasulullah SAW telah berperang dengan Bani al-Mustaliq lalu kami medapatkan tawanan perang berupa wanita-wanita cantik

TEKS BAHASA ARAB

اعزلوا، أو لا تعزلوا، ما كتب الله من نسمة هي كائنة إلى يوم القيامة إلا وهي كائنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lakukanlah al-‘Azl atau jangan lakukan al-‘Azl. Tiada suatu hembusan nafas pun yang Allah telah tetapkan untuk ia terjadi sehingga hari kiamat melainkan ia akan terjadi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis nombor 4992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن صرمة العذري قال: غزا رسول الله ﷺ بني المصطلق فأصبنا كرائم العرب، فأرغبنا في التمتع وقد اشتدت علينا العزوبة، فأردنا أن نستمتع ونعزل، فقال بعضنا لبعض: ما ينبغي لنا أن نصنع هذا ورسول الله ﷺ بين أظهرنا حتى نسأله، فسألناه. فقال رسول الله ﷺ: ((اعزلوا أو لا تعزلوا، ما كتب الله من نسمة هي كائنة إلى يوم القيامة إلا وهي كائنة)).
[طب، ((الضعيفة)) 7022].

(Lemah)
Daripada Sarmah al-‘Uzriyy berkata, Rasulullah SAW telah berperang dengan Bani al-Mustaliq lalu kami medapatkan tawanan perang berupa wanita-wanita cantik Arab. Lalu kami mahu menikmati ketika mana kami sudah lama membujang. Maka kami mahu untuk berseronok dan melakukan al-‘Azl (pancut air mani luar rahim). Lalu salah seorang daripada kami berkata: Tidak patut kita buat sebegini sedangkan Rasulullah bersama kita sehinggalah kita bertanya kepadanya. Lalu kami bertanyakan kepadanya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah al-‘Azl atau jangan lakukan al-‘Azl. Tiada suatu hembusan nafas pun yang Allah telah tetapkan untuk ia terjadi sehingga hari kiamat melainkan ia akan terjadi.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7022].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs