Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اعْزِلُوا، أَوْ لا تَعْزِلُوا، مَا كَتَبَ اللَّهُ مِنْ نَسَمَةٍ هِي كَائِنَةٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلا وَهِي كَائِنَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Lakukanlah atau jangan lakukanlah. Tiada suatu hembusan nafas pun yang Allah telah tetapkan untuk ia terjadi sehingga hari kiamat melainkan ia akan terjadi.
Sahabat Perawi
- Sarmah al-‘Uzriyy
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis no. 4992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صرمة العذري قال: غزا رسول الله ﷺ بني المصطلق فأصبنا كرائم العرب، فأرغبنا في التمتع وقد اشتدت علينا العزوبة، فأردنا أن نستمتع ونعزل، فقال بعضنا لبعض: ما ينبغي لنا أن نصنع هذا ورسول الله ﷺ بين أظهرنا حتى نسأله، فسألناه. فقال رسول الله ﷺ: ((اعزلوا أو لا تعزلوا، ما كتب الله من نسمة هي كائنة إلى يوم القيامة إلا وهي كائنة)). [طب، ((الضعيفة)) 7022].
(Lemah) Daripada Sarmah al-‘Uzriyy berkata, Rasulullah SAW telah berperang dengan Bani al-Mustaliq lalu kami medapatkan tawanan perang berupa wanita-wanita cantik Arab. Lalu kami mahu menikmati ketika mana kami sudah lama membujang. Maka kami mahu untuk berseronok dan mengasingkan diri. Lalu salah seorang daripada kami berkata: Tidak patut kita buat sebegini sedangkan Rasulullah bersama kita sehinggalah kita bertanya kepadanya. Lalu kami bertanyakan kepadanya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah atau jangan lakukanlah. Tiada suatu hembusan nafas pun yang Allah telah tetapkan untuk ia terjadi sehingga hari kiamat melainkan ia akan terjadi. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7022].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman