Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها النَّاسُ قد أظلَّكم شهرٌ عظيمٌ، شهرٌ فيهِ لَيلةٌ خَيرٌ من ألفِ شهرٍ، جعلَ اللَّهُ صيامَهُ فريضةً، وقيامَ لَيلِهِ تطَوُّعًا، مَن تقرَّبَ فيهِ بخَصلةٍ منَ الخيرِ كانَ كمَن أدَّى فريضةً فيما سِواهُ، ومَن أدَّى فيه فريضةً كانَ كمَن أدَّى سبعينَ فريضةً فيما سِواهُ، وَهوَ شهرُ الصَّبرِ، والصَّبرُ ثَوابُهُ الجنَّةُ، وشهرُ المواساةِ، وشهرٌ يُزادُ فيهِ في رزقُ المؤمنِ، ومَن فطَّرَ فيهِ صائمًا كانَ مَغفرةً لذُنوبِهِ، وعتقَ رقبتِهِ منَ النَّارِ، وَكانَ لهُ مثلُ أجرِهِ مِن غيرِ أن يُنتَقَصَ مِن أجرِهِ شيءٌ، قالوا: يا رسولَ اللَّهِ ليسَ كلُّنا يجدُ ما يُفطِّرُ الصَّائمَ، قال: يُعطي اللَّهُ هذا الثَّوابَ مَن فطَّرَ صائمًا علَى مَذْقةِ لبنٍ، أو تمرةٍ، أو شربةِ مِن ماءٍ، ومَن أشبعَ صائمًا سقاهُ اللَّهُ مِن الحَوضِ شربَةً لا يظمأُ حتَّى يدخلَ الجنَّةَ، وَهوَ شهرٌ أوَّلُهُ رحمةٌ، ووسطُهُ مغفِرةٌ، وآخِرُهُ عتقٌ منَ النَّارِ، فاستَكْثِروا فيهِ مِن أربعِ خصالٍ، خَصلَتانِ تُرضونَ بِهِما ربَّكم، وخَصلَتانِ لا غِنًى بِكُم عنهُما، أمَّا الخَصلَتانِ اللَّتانِ تُرضونَ بِهِما ربَّكم فشَهادةُ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، وتستغفرونَهُ، وأمَّا الخَصلَتانِ اللَّتانِ لا غِنًى بِكُم عنهُما، فتَسألونَ الجنَّةَ، وتَعوذونَ منَ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai sekalian manusia! sesungguhnya telah dekat kepada kalian bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) daripada seribu bulan, bulan yang mana Allah telah menetapkan puasa pada siang harinya sebagai fardhu, dan solat (iaitu tarawih) di malamnya sebagai sunnah. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Barang siapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya. Dan ini ialah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah syurga, bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan kedermawanan dan simpati (satu rasa) antara sesama mu’min. Dan bulan dimana rezeki orang-orang yang beriman ditambah. Barang siapa memberi makan orang yang berpuasa padanya maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari api neraka dan dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa. Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah! tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Rasulullah menjawab: "Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi untuk orang yang berbuka puasa walaupun dengan seteguk susu, atau sebiji kurma, atau seteguk air." Dan barang siapa memberi makan hingga kenyang kepada orang yang berpuasa maka dia berhak mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberinya minuman dari telagaku dengan minuman yang dengannya dia tidak akan berasa haus hingga memasuki syurga, dan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa tadi tanpa kurang sedikit pun. Inilah bulan yang permulaannya (sepuluh hari pertama) rahmat, yang pertengahannya (sepuluh hari pertengahan) keampunan, dan yang terakhirnya (sepuluh hari terakhir) pembebasan dari api neraka. Barang siapa yang meringankan kerja hamba sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. Dan perbanyakkanlah melakukan empat hal di bulan ini, yang dua hal dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan yang dua hal kamu pasti memerlukannya. Dua hal yang mendatangkan keredhaan Allah, syahadah dan beristighfar kepada Allah, dan dua hal yang kalian pastu memerlukannya; mohonlah kepada-Nya untuk masuk ke syurga dan perlindungan dari-Nya daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Salman al-Farisi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1131, hadis no. 5708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Salman al-Farisi RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah berkhutbah pada hari terakhir di bulan Sya’ban lalu baginda bersabda: "Wahai sekalian manusia! sesungguhnya telah dekat kepada kalian bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) daripada seribu bulan, bulan yang mana Allah telah menetapkan puasa pada siang harinya sebagai fardhu, dan solat (iaitu tarawih) di malamnya sebagai sunnah. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Barang siapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya. Dan ini ialah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah syurga, bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan kedermawanan dan simpati (satu rasa) antara sesama mu’min. Dan bulan dimana rezeki orang-orang yang beriman ditambah. Barang siapa memberi makan orang yang berpuasa padanya maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari api neraka dan dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa. Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah! tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Rasulullah menjawab: "Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi untuk orang yang berbuka puasa walaupun dengan seteguk susu, atau sebiji kurma, atau seteguk air." Dan barang siapa memberi makan hingga kenyang kepada orang yang berpuasa maka dia berhak mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberinya minuman dari telagaku dengan minuman yang dengannya dia tidak akan berasa haus hingga memasuki syurga, dan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa tadi tanpa kurang sedikit pun. Inilah bulan yang permulaannya (sepuluh hari pertama) rahmat, yang pertengahannya (sepuluh hari pertengahan) keampunan, dan yang terakhirnya (sepuluh hari terakhir) pembebasan dari api neraka. Barang siapa yang meringankan kerja hamba sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. Dan perbanyakkanlah melakukan empat hal di bulan ini, yang dua hal dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan yang dua hal kamu pasti memerlukannya. Dua hal yang mendatangkan keredhaan Allah, syahadah dan beristighfar kepada Allah, dan dua hal yang kalian pastu memerlukannya; mohonlah kepada-Nya untuk masuk ke syurga dan perlindungan dari-Nya daripada api neraka." [Riwayat Al-Mahamili dalam al-Amali, Ibn Khuzaymah dalam Sahih Ibn Khuzaymah dan al-Wahidi dalam al-Wasith. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 871].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman