Classification icon

Syaz

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW suka mendahulukan yang kanan dalam setiap urusan

Teks Bahasa Arab

كَانَ يُحِبُّ التَيَمُّنَ ما استطاعَ في شأنِهِ كُلِّهِ: في طُهُورِه، وتَرَجُّلِهِ، ونَعْلِهِ، [وسواكه].

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW amat suka mendahulukan yang kanan sekiranya mampu dalam setiap urusan baginda: Dalam bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan [bersiwak].

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Syaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis no. 8264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذا الزيادة) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: ((كَانَ يُحِبُّ التَيَمُّنَ ما استطاعَ في شأنِهِ كُلِّهِ: في طُهُورِه، وتَرَجُّلِهِ، ونَعْلِهِ، [وسواكه])). [د، ((الضعيفة)) (5854)]

(Syaz dengan penambahan ini) Daripada Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah SAW amat suka mendahulukan yang kanan sekiranya mampu dalam setiap urusan baginda: Dalam bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan [bersiwak]. [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5854].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.