Syaz Dengan Penambahan Ini: 'Siwak'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - يحبُّ التيمُّنَ ما استطاع في شأنِه كلِّهِ: في طهورِه، وترجُّلِه، ونعلِه، [وسواكِه].
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan semampu mungkin dalam setiap urusan Baginda, seperti dalam urusan: Taharah (bersuci), ketika menyisir rambut, ketika memakai selipar dan juga (semasa bersiwak).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Syaz Dengan Penambahan Ini: 'Siwak'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis no. 1197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Syaz Dengan Penambahan Ini: 'Siwak') Daripada 'Aishah RA beliau berkata: Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan semampu mungkin dalam setiap urusan Baginda, seperti dalam urusan: Taharah (bersuci), ketika menyisir rambut, ketika memakai selipar dan juga (semasa bersiwak). [Riwayat Abī Dāwud dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5854]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman