Rasulullah SAW suka apabila seorang lelaki dipanggil dengan nama dan gelaran yang paling dia gemar mendengarnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – رسول الله صلى الله عليه وسلم – يعجبه أن يدعى الرجل بأحب أسمائه إليه، وأحب كناه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW suka apabila seorang lelaki dipanggil dengan nama dan gelaran yang paling dia gemar mendengarnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis nombor 1096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيفف) عن حنظلة بن حذيم – رضي الله عنه -: ((كان – رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يعجبه أن يدعى الرجل بأحب أسمائه إليه، وأحب كناه)). [خد، طب، ((الضعيفة)) (4280)]

(Lemah)
Daripada Hanzalah Ibn Hizyam RA: Rasulullah SAW suka apabila seorang lelaki dipanggil dengan nama dan gelaran yang paling dia gemar mendengarnya.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4280]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.