Rasulullah SAW solat dengan menjadi Imam kepada orang ramai, Baginda pun lakukan dua kali sujud sahwi

TEKS BAHASA ARAB

صلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بالناس. فسها في صلاته فسجد سجدتي السهو، ثم تشهد ثم سلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW solat dengan menjadi Imam kepada orang ramai, Baginda pun melakukan dua kali sujud sahwi, kemudian Baginda bertasyahhud seterusnya memberi salam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 32, hadis nombor 143. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف شاذ.
أخرجه أبو داود (1039) الترمذي (395) وابن خزيمة (2/ 134) وابن حبان (536) وابن الجارود في المنتقى (347) والحاكم (1/ 323) والبيهقي (2/ 355) والبغوي في شرح السنة (3/ 297) من طريق محمد بن عبد الله الأنصاري ثنا أشعث بن عبد الملك عن محمد بن سيرين عن خالد الحذاء عن أبي قلابة عن أبي المهلب عن عمران بن حصين فذكره. قال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين ووافقه الذهبي.
قلت: لا، وأشعث بن عبد الملك وإن كان ثقة، فإن مسلماً لم يخرج له مطلقاً، وعلق له البخاري في الصحيح فلا يكون على شرط واحد منهما. والله أعلم. وقال الترمذي: حديث حسن غريب. وفي بعض النسخ زيادة: صحيح.
قلت: وهذا السند وإن كان ظاهره الصحة، فإن ذكر التشهد قبل السلام من سجود السهو شاذ؛ لأن أشعث بن عبد الملك هو الذي تفرد بذكر التشهد في سجود السهو.
وقد صح الحديث بدون هذه الزيادة.
فأخرجه مسلم (574) وأبو عوانة (2/ 198- 199) وأبو داود (1018) ، والنسائي (3/26) وابن ماجه (1215) وأحمد (4/ 437، 441) والطيالسي (847) وابن خزيمة (2/ 130) وابن حبان (ج 4/ رقم 2663) وابن الجارود (245) والطحاوي في شرح المعاني (1/442، 443) والبيهقي (2/ 335، 354، 355، 359) من طرق عن خالد الحذاء عن أبي قلابة عن أبي المهلب عن عمران بن حصين أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم صلى صلاة العصر ثلاث ركعات، فسلم فقيل له. فصلى ركعة، ثم سلم، ثم سجد سجدتين، ثم سلم. وقد رواه عن خالد الحذاء جماعة منهم شعبة ووهيب وابن عليه والثقفي وهشيم وحماد بن زيد ومعتمر بن سليمان ويزيد بن زريع ومسلمة بن محمد وغيرهم.
فثبت بذلك أن الحديث ثابت بغير هذه الزيادة، يدل على ذلك أن محمد بن سيرين، قيل له: فالتشهد؟ يعني بعد سجود السهو قال: لم أسمع في التشهد شيئاً. وقال ابن المنذر: لا أحسب التشهد في سجود السهو يثبت. وقال البيهقي: أخطأ أشعث فيما رواه. وأغرب ابن التركماني رحمه الله في رده على البيهقي في الجوهر النقي إذ زعم أن هذه زيادة ثقة، فيجب أن تقبل. وما ذكرته من التحقيق يرده.
وقال الحافظ في الفتح : زيادة أشعث شاذة. ثم رأيت النسائي (3/ 26) وابن خزيمة (2/ 134) رويا هذا الحديث من طريق أشعث بسنده المتقدم كرواية الجماعة عن خالد الحذاء يعني لم يذكر التشهد.
فهذا يؤكد شذوذ هذه الزيادة. ولكن قال الحافظ في الفتح (3/ 99) : لكن قد ورد في التشهد في سجود السهو عن ابن مسعود عند أبي داود والنسائي. وعن المغيرة عند البيهقي وفي إسنادهما ضعف. فقد يقال: إن الأحاديث الثلاثة في التشهد باجتماعها ترتقي إلى درجة الحسن. قال العلائي: وليس ذلك ببعيد. أهـ‍.
قلت: ولا يفهم من هذا أن الحافظ يميل إلى تقوية هذه الزيادة. فإنه إنما أورد هذا الكلام على لسان من يظن أنه يعترض على الحكم بشذوذها. وإن كان سكوت مثله رحمه الله عن سوق هذا الإعتراض بدون التعقب عليه غير سديد.

Dha’if lagi syaz. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (1039), al-Tirmizi (395), Ibn Khuzaimah (2/134), Ibn Hibban (536), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (347), al-Hakim (1/323), al-Baihaqi (2/355), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (3/297) melalui sanad Muhammad bin ‘Abdillah al-Ansari, katanya Ash’ath bin ‘Abd al-Malik daripada Muhammad bin Sirin daripada Khalid al-Hazza’ daripada Abi Qilabah daripada Abu al-Muhallab daripada ‘Imran bin Husain, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim", dipersetujui oleh al-Zahabi. Saya berkata: Tidak, Ash’ath bin ‘Abd al-Malik sekalipun beliau seorang thiqah, namun Muslim tidak mengeluarkan hadith beliau secara mutlak, al-Bukhari pula mengeluarkannya secara Mu’allaq dalam Sahih beliau, jadi ianya bukan berdasarkan syarat mana-mana mereka berdua. Wallahua’lam. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan gharib". Dalam sebahagian nuskhah pula menambah: "Sahih".
Saya berkata: Sanad ini sekalipun zahirnya sanadnya sahih, namun menyebutkan tasyahhud sebelum dalam bagi sujud sahwi adalah syaz kerana Ash’ath bin ‘Abd al-Malik bersendirian menyebutkan tasyahhud tersebut dalam sujud sahwi. Terdapat hadith sahih tanpa menyebutkan penambahan tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Muslim (574), Abu ‘Awanah (2/198-199), Abu Daud (1018), al-Nasa’ei (3/26), Ibn Majah (1215), Ahmad (4/437, 441), al-Tayalisi (847), Ibn Khuzaimah (2/130), Ibn Hibban (juz 4/hadith : 2663), Ibn al-Jarud (245), al-Tahawi dalam Syarh al-Ma’ani (1/442), 443), dan al-Baihaqi (2/335, 354, 355, 359) melalui sanad Khalid al-Hazza’ daripada Abu Qilabah daripada Abu al-Muhallab daripada ‘Imran bin Husain bahawa : “Rasulullah SAW solat Asar sebanyak tiga rakaat, lalu Baginda SAW memberi salam. Ditegur kepada Baginda SAW, lantas Baginda SAW solat satu rakaat algi kemudian Baginda SAW memberi salam, kemudian Baginda SAW lakukan dua sujud, kemudian Baginda SAW memberi salam".
Selain itu, hadith tersebut juga telah diriwayatkan daripada Khalid bin al-Hazza’ oleh sekumpulan perawi, antaranya: Syu’bah, Wuhaib, Ibn ‘Ulaiyyah, al-Thaqafi, Hushaym, Hammad bin Zaid, Mu’tamir bin Sulaymah, Yazid bin Zurai’, Maslamah bin Muhammad dan lain-lain. Justeru, yang thabitnya adalah hadith yang thabit tanpa menyebutkan penambahan ini. Buktinya Muhammad bin Sirin ketika ditanya kepada beliau: "Lalu dilakukan tasyahhud?" (iaitu selepas sujud sahwi), kata Muhammad: "Aku tidak pernah mendengar apa-apa hadith tentang tasyahhud". Ibn al-Munzir berkata: "Aku tidak beranggapan bahawa tasyahhud pada sujud sahwi sebagai thabit". Al-Baihaqi berkata: "Ash’ath telah tersilap dalam apa yang beliau riwayatkan". Alangkah peliknya Ibn al-Turkumani RH ketika beliau menjawab balik al-Baihaqi dalam al-Jawhar al-Naqi kerana menganggap penambahan ini adalah (dilakukan oleh perawi) thiqah, lalu wajib diterima.
Apa yang saya telah sebutkan dalam tahqiq telah menolak dakwaan Ibn al-Turkumani. Al-Hafiz berkata dalam al-Fath: "Penambahan Ash’ath adalah syaz". Kemudian saya melihat al-Nasa’ei (3/26) dan Ibn Khuzaimah (2/134) telah meriwayatkan hadith ini melalui sanad Ash’ath dengan sanad yang lepas sama seperti riwayat sekumpulan perawi lain daripada Khalid al-Hazza’, iaitu tanpa menyebutkan tasyahhud.
Ini mengukuhkan lagi bahawa penambahan ini adalah syaz. Namun, al-Hafiz berkata dalam al-Fath (3/99): "Namun, telah diriwayatkan berkenaan tasyahhud bagi sujud sahwi daripada Ibn Mas’ud dalam riwayat Abu Daud dan al-Nasa’ei, juga daripada al-Mughirah dalam riwayat al-Baihaqi, nammun dalam sanad keduanya adalah kelemahan. Dikatakan: ‘Ketiga-tiga hadith berkenaan tasyahhhud tersebut melalui himpunannya dapat baik ke darjat hasan’. Al-‘Ala’ei berkata: ‘Ianya tidak mustahil".
Saya berkata: Tidaklah boleh difahami melalui kenyataan ini bahawa al-Hafiz cenderung untuk menguatkan penambahan ini. Ini kerana beliau menyebutkan kata-kata tersebut bagi orang yang menyangka bahawa beliau membantah menilai hadith tersebut sebagai syaz. Diamnya tokoh seperti beliau r.h daripada mengemukakan bantahan tanpa kritikan adalah sesuatu yang tidak kena.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs