Rasulullah SAW sering menutupi kepala dan muka (dengan kain), menyapu minyak di kepalanya dan menyiram janggutnya dengan air

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يكثر القناع، ويكثر دهن رأسه، ويسرح لحيته بالماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW sering menutupi kepala dan muka (dengan kain), menyapu minyak di kepalanya dan menyiram janggutnya dengan air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه-، قال: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يكثر القناع، ويكثر دهن رأسه، ويسرح لحيته بالماء)) [هب، ((الضعيفة)) (2356)].

(Lemah)
Daripada Sahl Bin Sa’d RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW sering menutupi kepala dan muka (dengan kain), menyapu minyak di kepalanya dan menyiram janggutnya dengan air.
[Riwayat Abbas al-Duri dalam al-Tarikh dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2356].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs