Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَقْسِمُ غنائمَ خيبرَ وجبريلُ عليهِ السلامُ إلى جنبِه فجاءَ مَلَكٌ فقال: إنَّ ربَّكَ عزَّ وجلَّ يأمرُكَ بكذا وكذا فخَشِيَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أن يكونَ شيطانًا فقال لجبريلَ عليهِ السلامُ: تعرفُه؟ فقال: هو مَلَكٌ وما كُلُّ ملائكةِ ربِّكَ أعرفُ.
Teks Bahasa Melayu
Suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang mengagihkan harta rampasan Khaybar, Jibril AS berada di samping Baginda, lantas datanglah seorang lagi malaikat berkata: “Sesungguhnya Tuhanmu (Allah SWT) memerintahkan kamu untuk melaksanakan sekian dan sekian.” Maka, timbul rasa takut di hati Nabi SAW dengan perasaan ragu dan sangkaan bahawa malaikat yang datang itu barangkali merupakan syaitan. Maka Baginda pun bertanya kepada Jibril: “Engkau kenal dia?” Lantas, (Jibril) pun menjawab: “Dia salah seorang malaikat dan tidaklah aku mengenali semua malaikat Allah SWT.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1034, hadis no. 5297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يقسم غنائم خيبر، وجبريل - عليه السلام - إلى جنبه، فجاء ملك فقال: إن ربك - عز وجل - يأمرك بكذا وكذا، فخشي النبي - صلى الله عليه وسلم - أن يكون شيطانا، فقال لجبريل - عليه السلام -: تعرفه؟ فقال: هو ملك، وما كل ملائكة ربك أعرف.)). [عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6595)]
(Sangat Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA (beliau) berkata: “Suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang mengagihkan harta rampasan Khaybar, Jibril AS berada di samping Baginda, lantas datanglah seorang lagi malaikat berkata: “Sesungguhnya Tuhanmu (Allah SWT) memerintahkan kamu untuk melaksanakan sekian dan sekian.” Maka, timbul rasa takut di hati Nabi SAW dengan perasaan ragu dan sangkaan bahawa malaikat yang datang itu barangkali merupakan syaitan. Maka Baginda pun bertanya kepada Jibril: “Engkau kenal dia?” Lantas, (Jibril) pun menjawab: “Dia salah seorang malaikat dan tidaklah aku mengenali semua malaikat Allah SWT.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi di dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6595]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman