Rasulullah SAW sangat mengagungkan hari ‘Ashura’

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يعظم يوم عاشوراء، حتى إن كان ليدعوا بصبيانه، وصبيان فاطمة المراضيع، فيقول لأمهاتهم: لا ترضعوهم إلى الليل، ويتفل في أفواههم، فكان ريقه يجزؤهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW sangat mengagungkan hari ‘Ashura’, sehinggakan baginda memanggil kanak-kanak dan anak-anak susuan Fatimah RA lantas bersabda kepada para ibu mereka: “Jangan susukan mereka sehingga ke malam”. Kemudian baginda SAW meludah ke dalam mulut mereka dan air liur baginda sudah mengenyangkan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis nombor 5012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن رزينة – رضي الله عنها -، قالت: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يعظم يوم عاشوراء، حتى إن كان ليدعوا بصبيانه، وصبيان فاطمة المراضيع، فيقول لأمهاتهم: ((لا ترضعوهم إلى الليل))، ويتفل في أفواههم، فكان ريقه يجزؤهم.
[ابن خزيمة، ع، طب، طس، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (6749)].

(Lemah)
Daripada Razinah RA berkata, Rasulullah SAW sangat mengagungkan hari ‘Ashura’, sehinggakan baginda memanggil kanak-kanak dan anak-anak susuan Fatimah RA lantas bersabda kepada para ibu mereka: “Jangan susukan mereka sehingga ke malam”. Kemudian baginda SAW meludah ke dalam mulut mereka dan air liur baginda sudah mengenyangkan mereka.
[Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahih beliau, Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6749].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs