Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ رَسُول الله - صلى الله عليه وسلم - يعظِّمُ يَوَم عَاشُورَاء، حَتَّى إِنْ كَانَ لَيَدعُوا بِصبيَانِه، وصبيانِ فَاطِمَةَ المراضيع، فَيَقُول لأمّهَاتِهِم: لَا ترضُعوهُم إِلَى اللَّيل، ويتفِلُ فِي أَفواهِهِم، فَكَانَ ريقُه يجزؤُهم.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW sangat mengagungkan hari ‘Ashura’, sehinggakan baginda memanggil kanak-kanak dan anak-anak susuan Fatimah RA lantas bersabda kepada para ibu mereka: “Jangan susukan mereka sehingga ke malam”. Kemudian baginda SAW meludah ke dalam mulut mereka dan air liur baginda sudah mengenyangkan mereka.
Sahabat Perawi
- Razinah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis no. 5012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رزينة - رضي الله عنها -، قالت: كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يعظم يوم عاشوراء، حتى إن كان ليدعوا بصبيانه، وصبيان فاطمة المراضيع، فيقول لأمهاتهم: ((لا ترضعوهم إلى الليل))، ويتفل في أفواههم، فكان ريقه يجزؤهم. [ابن خزيمة، ع، طب، طس، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (6749)].
(Lemah) Daripada Razinah RA berkata, Rasulullah SAW sangat mengagungkan hari ‘Ashura’, sehinggakan baginda memanggil kanak-kanak dan anak-anak susuan Fatimah RA lantas bersabda kepada para ibu mereka: “Jangan susukan mereka sehingga ke malam”. Kemudian baginda SAW meludah ke dalam mulut mereka dan air liur baginda sudah mengenyangkan mereka. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahih beliau, Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6749].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman