Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلى في فضاء ليس بين يديه شيء.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah solat di sebuah tanah lapangan tanpa ada sesuatu apa pun di hadapan baginda.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis no. 1699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنه-، قال: أن رسول الله - ﷺ -: ((صلى في فضاء ليس بين يديه شيء)). [ حم، ش،ع، هق، ((الضعيفة)) (5814) ]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah solat di sebuah tanah lapangan tanpa ada sesuatu apa pun di hadapan baginda. [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya, Abu Ya‘la dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam Sunannya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5814]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman