Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ربَّما أخذتْه الشَّقِيقَةُ فيمكثُ اليومَ واليومينِ لا يخرجُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah seolah-olah ditimpa penyakit migrain (sakit kepala yang berulang-ulang), maka Baginda berehat di rumah sehari dua dan Baginda tidak keluar ke mana-mana.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis no. 5489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بريدة رضي الله عنه قال: كان ربما أخذته الشقيقة فيمكث اليوم واليومين لا يخرج. [أبو نعيم في الطب، الضعيفة (5928)]
(Munkar) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah seolah-olah ditimpa penyakit migrain (sakit kepala yang berulang-ulang), maka Baginda berehat di rumah sehari dua dan Baginda tidak keluar ke mana-mana. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5928]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman