Rasulullah SAW pernah menziarahi kubur para syuhada’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) عليكم بما صبرتم، فنعم عقبى الدار، وأبو بكر وعمر (وعثمان).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu hari, Rasulullah SAW pernah menziarahi kubur para syuhada’ setiap awal bulan, kemudian Baginda bersabda: “Salam sejahtera ke atas kalian atas segala kesabaran kalian (dalam perjuangan), (syurgalah tempat kalian) demikian sebaik-baik tempat kembali bagi kalian, bersama Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1034, hadis nombor 5296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن محمد بن إبراهيم، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) عليكم بما صبرتم، فنعم عقبى الدار، وأبو بكر وعمر (وعثمان))). [ابن جرير، ((الضعيفة))(6629)].

(Munkar)
Daripada Muhammad bin Ibrahim (beliau) berkata: Suatu hari, Rasulullah SAW pernah menziarahi kubur para syuhada’ setiap awal bulan, kemudian Baginda bersabda: “Salam sejahtera ke atas kalian atas segala kesabaran kalian (dalam perjuangan), (syurgalah tempat kalian) demikian sebaik-baik tempat kembali bagi kalian, bersama Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman.”
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6629].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.