Rasulullah SAW pernah mengutus sebuah pasukan kecil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بعث رسول الله سرية فقال: ((لئن سلمهم الله، لأشكرنه)). أو قال: ((عليّ إن سلمهم الله أن أشكره)). فغنموا وسلموا فقال: ((اللهمّ لك الحمد شكرا، ولك المن فضلا)). فانتظره الناس أن يصنع شيئا، فلم يروه. فقالوا: يا رسول الله إنك قلت (للذي قال) فقال: ((أولم نقل: اللهم لك الحمد شكرا، ولك المن فضلا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah mengutus sebuah pasukan kecil kemudian Baginda berkata: “Sekiranya Allah menyelamatkan mereka, pasti aku akan berbuat sesuatu (yang lebih lagi untuk) mensyukuriNya.” Atau (Baginda) berkata: “Wajib ke atasku untuk berbuat sesuatu (yang lebih, untuk) mensyukuri Allah, sekiranya Allah menjayakan misi mereka ini.” Lantas, pasukan tentera tersebut berjaya memenangi pertempuran, beroleh harta rampasan dan selamat pulang, kemudian Baginda berdoa: “Ya Allah, bagi-Mu jua segala kesyukuran, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.” Orang ramai pula menunggu Rasulullah SAW untuk melaksanakan sesuatu yang berlainan, namun mereka tidak mendapati Baginda sedemikian. Lantas mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah tuan berkata seperti yang tuan katakan sebelum ini (ketika mengutus pasukan tersebut)?” Baginda pun bersabda: “Bukankah kita telah mengatakan sebuah doa: “Wahai Allah, bagi-Mu jua segala pujaan, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1028, hadis nombor 5278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن كعب بن عجرة، قال: بعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سرية فقال: ((لئن سلمهم الله، لأشكرنه)). أو قال: ((عليّ إن سلمهم الله أن أشكره)). فغنموا وسلموا فقال: ((اللهمّ لك الحمد شكرا، ولك المنّ فضلا)). فانتظره النّاس أن يصنع شيئا، فلم يروه. فقالوا: يا رسول الله إنّك فلت (للذي قال) فقال: ((أولم نقل: اللهمّ لك الحمد شكرا، ولك المنّ فضلا)). [طب، الضعيفة (7051)]

(Lemah)
Daripada Ka’b bin ‘Ujrah berkata: “Rasulullah SAW pernah mengutus sebuah pasukan kecil kemudian Baginda berkata: “Sekiranya Allah menyelamatkan mereka, pasti aku akan berbuat sesuatu (yang lebih lagi untuk) mensyukuriNya.” Atau (Baginda) berkata: “Wajib ke atasku untuk berbuat sesuatu (yang lebih, untuk) mensyukuri Allah, sekiranya Allah menjayakan misi mereka ini.” Lantas, pasukan tentera tersebut berjaya memenangi pertempuran, beroleh harta rampasan dan selamat pulang, kemudian Baginda berdoa: “Ya Allah, bagi-Mu jua segala kesyukuran, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.” Orang ramai pula menunggu Rasulullah SAW untuk melaksanakan sesuatu yang berlainan, namun mereka tidak mendapati Baginda sedemikian. Lantas mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah tuan berkata seperti yang tuan katakan sebelum ini (ketika mengutus pasukan tersebut)?” Baginda pun bersabda: “Bukankah kita telah mengatakan sebuah doa: “Wahai Allah, bagi-Mu jua segala pujaan, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7051].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.