Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بعثَ رسولُ اللهِ - صلَّى اللهُ عليه وسلَّم - سريَّةً فقال: ((لئن سلَّمَهُمُ اللهُ لأَشْكُرَنَّهُ)) أو قال: ((علَيَّ إنْ سلَّمَهم اللهُ أنْ أَشْكُرَهُ)). فغَنِمُوا وسلِمُوا فقال: ((اللَّهمَّ لكَ الحمدُ شُكْرًا، ولكَ المنُّ فضْلًا))، فانتظَرَهُ الناسُ أن يصنعَ شيئًا فلم يرَوْهُ. فقالوا: يا رسولَ اللهِ إنكَ قلتَ (للَّذِي قالَ) فقالَ: ((أوَ لم نقُلْ: اللهمَّ لكَ الحمدُ شُكْرًا ولَكَ المنُّ فضْلً))ا.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah mengutus sebuah pasukan kecil kemudian Baginda berkata: “Sekiranya Allah menyelamatkan mereka, pasti aku akan berbuat sesuatu (yang lebih lagi untuk) mensyukuriNya.” Atau (Baginda) berkata: “Wajib ke atasku untuk berbuat sesuatu (yang lebih, untuk) mensyukuri Allah, sekiranya Allah menjayakan misi mereka ini.” Lantas, pasukan tentera tersebut berjaya memenangi pertempuran, beroleh harta rampasan dan selamat pulang, kemudian Baginda berdoa: “Ya Allah, bagi-Mu jua segala kesyukuran, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.” Orang ramai pula menunggu Rasulullah SAW untuk melaksanakan sesuatu yang berlainan, namun mereka tidak mendapati Baginda sedemikian. Lantas mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah tuan berkata seperti yang tuan katakan sebelum ini (ketika mengutus pasukan tersebut)?” Baginda pun bersabda: “Bukankah kita telah mengatakan sebuah doa: “Wahai Allah, bagi-Mu jua segala pujaan, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.”
Sahabat Perawi
- Ka'b bin Ujrah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1028, hadis no. 5278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ka’b bin ‘Ujrah berkata: “Rasulullah SAW pernah mengutus sebuah pasukan kecil kemudian Baginda berkata: “Sekiranya Allah menyelamatkan mereka, pasti aku akan berbuat sesuatu (yang lebih lagi untuk) mensyukuriNya.” Atau (Baginda) berkata: “Wajib ke atasku untuk berbuat sesuatu (yang lebih, untuk) mensyukuri Allah, sekiranya Allah menjayakan misi mereka ini.” Lantas, pasukan tentera tersebut berjaya memenangi pertempuran, beroleh harta rampasan dan selamat pulang, kemudian Baginda berdoa: “Ya Allah, bagi-Mu jua segala kesyukuran, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.” Orang ramai pula menunggu Rasulullah SAW untuk melaksanakan sesuatu yang berlainan, namun mereka tidak mendapati Baginda sedemikian. Lantas mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah tuan berkata seperti yang tuan katakan sebelum ini (ketika mengutus pasukan tersebut)?” Baginda pun bersabda: “Bukankah kita telah mengatakan sebuah doa: “Wahai Allah, bagi-Mu jua segala pujaan, milik-Mu jua segala kurniaan yang utama.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7051].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman