TEKS BAHASA ARAB
إن الأذان سهل سمح، فإن كان أذانك سهلا، وإلا فلا تؤذن
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW pernah mempunyai seorang muazzin yang mengalun-alunkan suaranya (ketika azan). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya azan itu sifatnya mudah lagi tidak susah. Sekiranya azan kamu dengan sebutan yang mudah, maka lakukanlah dan sekiranya tidak, janganlah kamu melaungkan azan sama sekali.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis nombor 1324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان لرسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – مؤذن يطرب، فقال رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الأذان سهل سمح، فإن كان إذانك سهلا، وإلا فلا تؤذن)). [ابن شاهين، ابن حبان في ((الضعفاء))، قط، ((الضعيفة)) (2184)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah mempunyai seorang muazzin yang mengalun-alunkan suaranya (ketika azan). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya azan itu sifatnya mudah lagi tidak susah. Sekiranya azan kamu dengan sebutan yang mudah, maka lakukanlah dan sekiranya tidak, janganlah kamu melaungkan azan sama sekali.
[Riwayat Ibn Shahin, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ dan al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2184]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.