Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الأذانَ سَهلٌ سَمحٌ، فإنْ كان أذانُكَ سَهلًا، وإلَّا فلا تؤَذِّنْ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah mempunyai seorang muazzin yang mengalun-alunkan suaranya (ketika azan). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya azan itu sifatnya mudah lagi tidak susah. Sekiranya azan kamu dengan sebutan yang mudah, maka lakukanlah dan sekiranya tidak, janganlah kamu melaungkan azan sama sekali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis no. 1324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah mempunyai seorang muazzin yang mengalun-alunkan suaranya (ketika azan). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya azan itu sifatnya mudah lagi tidak susah. Sekiranya azan kamu dengan sebutan yang mudah, maka lakukanlah dan sekiranya tidak, janganlah kamu melaungkan azan sama sekali. [Riwayat Ibn Shahin, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ dan al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2184]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman