Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW pernah memerintahkan matahari untuk lewat seketika

Teks Bahasa Arab

أَمَرَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الشَّمْسَ أَنْ تَتَأَخَّرَ سَاعَةً مِنَ النَّهَارِ فَتَأَخَّرَتْ سَاعَةً مِنَ النَّهَارِ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW pernah memerintahkan matahari untuk lewat seketika pada suatu hari, maka ia pun lewat untuk seketika pada hari tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1037, hadis no. 5308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، قال: أمر صلى الله عليه وسلم الشمس أن تتأخر ساعة من النهار فتأخرت ساعة من النهار.[طس، شاذان الفضلي في جزئه في طرق حديث رد الشمس لعلي، الضعيفة (972)]

(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah memerintahkan matahari untuk lewat seketika pada suatu hari, maka ia pun lewat untuk seketika pada hari tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan Shazan al-Fadli dalam Juz’ fi Turuq Hadith Radd al-Shams li ‘Ali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 972]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.