TEKS BAHASA ARAB
كسا رسول الله علياً عمامة – يقال لها: السحاب -؛ فأقبل علي رضي الله عنه وهي عليه، فقال رسول الله : ((هذا علي قد أقبل في السحاب)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW pernah memakaikan ‘Ali serban. Dikatakan bahawa nama serban itu ialah al-Sahab. Satu hari, ‘Ali datang sambil memakainya. Nabi pun bersabda: “Ini ‘Ali, dia datang sambil memakai serban itu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1879, hadis nombor 9469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي، قال: كسا رسول الله ﷺ علِيّا عمامةً – يقالُ لها: السحاب، -فأقبلَ علِيّ-رضي الله عنه- وهيَ عليهِ، فقال رسول الله ﷺ: ((هذا علِيّ قدْ أقبلَ في السحابِ)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي ﷺ))، ((الضعيفة)) (4881)]
(Palsu) Daripada Hasan bin Ali katanya: Rasulullah SAW pernah memakaikan ‘Ali serban. Dikatakan bahawa nama serban itu ialah al-Sahab. Satu hari, ‘Ali datang sambil memakainya. Nabi pun bersabda: “Ini ‘Ali, dia datang sambil memakai serban itu.” [Riwayat Abu al-Syeikh dalam Akhlak al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4881]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.