Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW pernah memakaikan ‘Ali serban

Teks Bahasa Arab

كسا رسول الله ﷺ علِيّا عمامةً - يقالُ لها: السحاب، -فأقبلَ علِيّ-رضي الله عنه- وهيَ عليهِ, فقال رسول الله ﷺ: ((هذا علِيّ قدْ أقبلَ في السحابِ)).

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW pernah memakaikan ‘Ali serban. Dikatakan bahawa nama serban itu ialah al-Sahab. Satu hari, ‘Ali datang sambil memakainya. Nabi pun bersabda: “ini ‘Ali, dia datang sambil memakai serban itu.

Sahabat Perawi

  1. Hasan bin Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1879, hadis no. 9469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي، قال: كسا رسول الله ﷺ علِيّا عمامةً - يقالُ لها: السحاب، -فأقبلَ علِيّ-رضي الله عنه- وهيَ عليهِ، فقال رسول الله ﷺ: ((هذا علِيّ قدْ أقبلَ في السحابِ)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي ﷺ))، ((الضعيفة)) (4881)]

(Palsu) Daripada Hasan bin Ali katanya: Rasulullah SAW pernah memakaikan ‘Ali serban. Dikatakan bahawa nama serban itu ialah al-Sahab. Satu hari, ‘Ali datang sambil memakainya. Nabi pun bersabda: “ini ‘Ali, dia datang sambil memakai serban itu.” [Riwayat Abu al-Syeikh dalam Akhlak al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4881]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.