Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita daripada suku Kalb

TEKS BAHASA ARAB

خطب رسول الله ﷺ امرأة من كلب، فبعث عائشة تنظر إليها فذهبت ثم رجعت. فقال لها رسول الله ﷺ: ((ما رأيت؟)). فقالت: ما رأيت طائلا. فقال لها رسول الله ﷺ: ((لقد رأيت طائلا لقد رأيت خالا بخدها; اقشعرت كل شعرة منك)). فقالت: يا رسول الله ﷺ ما دونك سر!..

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita daripada suku Kalb, baginda menghantar ‘Aishah bagi merisiknya. Apabila ‘Aishah pulang, baginda bertanya: "Apakah yang kamu lihat?" ‘Aishah menjawab: "Saya tidak melihat apa-apa yang menarik." Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Sebenarnya kamu lihat tahi lalat di pipinya yang meremangkan setiap bulu romamu." ‘Aishah menjawab: "Wahai Rasulullah, tiada apa yang tersembunyi padamu."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1872, hadis nombor 9434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن سابط قال: خطب رسول الله ﷺ امرأة من كلب، فبعث عائشة تنظر إليها فذهبت ثم رجعت. فقال لها رسول الله ﷺ: ((ما رأيت؟)). فقالت: ما رأيت طائلا. فقال لها رسول الله ﷺ: ((لقد رأيت طائلا لقد رأيت خالا بخدها، اقشعرت كل شعرة منك)). فقالت: يا رسول الله ﷺ ما دونك سر! [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4965)]

(Palsu) Daripada Abd al-Rahman bin Sabit menceritakan: Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita daripada suku Kalb, baginda menghantar ‘Aishah bagi merisiknya. Apabila ‘Aishah pulang, baginda bertanya: "Apakah yang kamu lihat?" ‘Aishah menjawab: "Saya tidak melihat apa-apa yang menarik." Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Sebenarnya kamu lihat tahi lalat di pipinya yang meremangkan setiap bulu romamu." ‘Aishah menjawab: "Wahai Rasulullah, tiada apa yang tersembunyi padamu." [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 4965]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs