Sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يوحي إِلَيْهِ وَرَأسه فِي حجر عَليّ رَضِي الله عَنهُ فَلم يصل الْعَصْر حَتَّى غربت الشَّمْس فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّه كَانَ فِي طَاعَتك وَطَاعَة رَسُولك فاردد عَلَيْهِ الشَّمْس فطلعت بعد مَا غربت.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah diberikan wahyu dalam keadaan kepala Baginda berada di bilik Ali RA. Maka beliau tidak menunaikan solat Asar sehinggalah terbenamnya matahari. Lalu Nabi SAW berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya dia taat kepada Engkau dan Rasul-Mu. Maka kembalikanlah semula matahari kepadanya. Lantas matahari pun terbit semula setelah mana ia tenggelam.
Sahabat Perawi
- Asma’ binti ‘Umais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith Asma’ berkenaan kembalinya matahari. Dalam sanad hadith tersebut terdapat Fudhail Bin Marzuq. Beliau adalah seorang perawi yang daif. Ada juga jalur periwayatan yang lain namun dalam sanadnya terdapat Ibn ‘Uqdah. Seorang yang berfahaman Rafidhah. Beliau dituduh berdusta dan seorang rafidhi yang kuat berdusta. Saya katakan: Fudhail adalah seorang perawi saduq. Imam Muslim dan empat penyusun kutub sittah yang lain menukilkan hadith riwayat beliau. Ibn ‘Uqdah pula merupakan di antara para huffaz yang terkenal. Ramai yang menilai beliau sebagai seorang yang thiqah dan tiada yang menilai beliau sebagai seorang yang daif melainkan orang sezamannya yang taksub. Hadith tersebut kebanyakan ulama secara jelas menilainya sebagai sahih. Antara yang menilainya sebagai sahih adalah al-Qadhi ‘Iyadh. Dalam kitab al-La’ali menyebut: Daripada Asma’ Binti ‘Umais: “Rasulullah SAW pernah diberikan wahyu dalam keadaan kepala Baginda berada di bilik Ali RA. Maka beliau tidak menunaikan solat Asar sehinggalah terbenamnya matahari. Lalu Nabi SAW berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya dia taat kepada Engkau dan Rasul-Mu. Maka kembalikan lah semula matahari kepadanya. Lantas matahari pun terbit semula setelah mana ia tenggelam.” Dikatakan bahawa ia adalah hadith munkar bahkan ada yang mengatakan bahawa ia adalah hadith palsu. Saya katakan: Kebanyakan ulama daripada kalangan huffaz secara jelas menyatakan ia adalah sahih. Dalam kitab al-Maqasid menyebut tentang kembalinya matahari kepada Ali. Imam Ahmad berkata: Hadith tersebut tiada asalnya dan pandangan tersebut kemudiannya diikuti oleh Ibn al-Jawzi. al-Tahawi dan pengarang kitab al-Syifa (al-Qadhi ‘Iyadh) menilainya sebagai hadith yang sahih. Begitu juga dengan lafaz: “Aku berulang-alik kepada Nabi SAW…”.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman