Rasulullah SAW pernah bertanya Jibril berkenaan ayat ini: {Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah}

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سأل – صلى الله عليه وسلم – جبريل عن هذه الآية: {ونفخ في الصور فصعق من في السماوات ومن في الأرض إلا من شاء الله} [الزمر: 68] : من الذي لم يشأ الله أن يصعقهم؟ قال: هم الشهداء يتقلدون أسيافهم حول العرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah bertanya Jibril berkenaan ayat ini: {Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah} [Surah al-Zumar ayat 68]. Siapakah orang yang Allah tidak kehendaki mereka mati?, Jibril menjawab: Mereka adalah para syuhada yang sedang memegang pedang-pedang mereka di sekitar Arasy.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis nombor 7486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سأل – صلى الله عليه وسلم – جبريل عن هذه الآية: {ونفخ في الصور فصعق من في السماوات ومن في الأرض إلا من شاء الله} [الزمر: 68]: من الذي لم يشأ الله أن يصعقهم؟ قال: هم الشهداء يتقلدون أسيافهم حول العرش)). [الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (3685)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW pernah bertanya Jibril berkenaan ayat ini: {Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah} [Surah al-Zumar ayat 68]. Siapakah orang yang Allah tidak kehendaki mereka mati?, Jibril menjawab: Mereka adalah para syuhada yang sedang memegang pedang-pedang mereka di sekitar Arasy.
[Riwayat al-Wahidi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3685]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.