Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سألَ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - جبريلَ عن هذِه الآيةِ: {وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ}. [الزمر: 68]: مَن الَّذي لم يشأِ اللهُ أن يَصعقَهم؟ قال: هم الشُّهداءُ يتقلَّدونَ أسيافَهم حولَ العرشِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah bertanya Jibril berkenaan ayat ini: {Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah} [Surah al-Zumar ayat 68]. Siapakah orang yang Allah tidak kehendaki mereka mati?, Jibril menjawab: Mereka adalah para syuhada yang sedang memegang pedang-pedang mereka di sekitar Arasy.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis no. 7486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((سأل - صلى الله عليه وسلم - جبريل عن هذه الآية: {ونفخ في الصور فصعق من في السماوات ومن في الأرض إلا من شاء الله} [الزمر: 68]: من الذي لم يشأ الله أن يصعقهم؟ قال: هم الشهداء يتقلدون أسيافهم حول العرش)). [الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (3685)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW pernah bertanya Jibril berkenaan ayat ini: {Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah} [Surah al-Zumar ayat 68]. Siapakah orang yang Allah tidak kehendaki mereka mati?, Jibril menjawab: Mereka adalah para syuhada yang sedang memegang pedang-pedang mereka di sekitar Arasy. [Riwayat al-Wahidi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3685]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman