Rasulullah SAW pernah berperang bersama orang Yahudi

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي ﷺكان يغزو باليهود فيسهم لهم كسهام المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah berperang bersama orang Yahudi. Lalu Baginda memberikan bahagian kepada mereka seperti mana bahagian orang Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023, hadis nombor 5255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري أن النبي ﷺكان يغزو باليهود فيسهم لهم كسهام المسلمين. [عب, ش, أبو داود في المراسيل, ت, هق, الضعيفة (6091)]

(Lemah) Daripada al-Zuhri bahawa Rasulullah Rasulullah SAW pernah berperang bersama orang Yahudi. Lalu Baginda memberikan bahagian kepada mereka seperti mana bahagian orang Islam. [Abdul Razzaq dalam Musannaf beliau, Ibn Abi Shaibah dalam Musonnaf beliau, Abu Dawud dalam al-Marasil, Al-Tirmizi dalam Jami’ beliau, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra; al-Dha’ifah no. 6091].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs