Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ كان يغزو باليهودِ فيُسهِمُ لهم كسهامِ المُسلمِينَ
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah berperang bersama orang Yahudi. Lalu Baginda memberikan bahagian kepada mereka seperti mana bahagian orang Islam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023, hadis no. 5255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الزهري أن النبي ﷺكان يغزو باليهود فيسهم لهم كسهام المسلمين. [عب, ش, أبو داود في المراسيل, ت, هق, الضعيفة (6091)]
(Lemah) Daripada al-Zuhri bahawa Rasulullah Rasulullah SAW pernah berperang bersama orang Yahudi. Lalu Baginda memberikan bahagian kepada mereka seperti mana bahagian orang Islam. [Abdul Razzaq dalam Musannaf beliau, Ibn Abi Shaibah dalam Musonnaf beliau, Abu Dawud dalam al-Marasil, Al-Tirmizi dalam Jami’ beliau, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra; al-Dha’ifah no. 6091].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman