Rasulullah SAW pernah berada di padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar suara memanggilnya

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحراء فإذا مناديا يناديه: يا رسول الله فالتفت فلم ير أحدا ثم التفت فإذا ظبية موثقة فقالت: ادن مني يا رسول الله، فدنا منها، فقال: حاجتك؟ قالت: إن لي خشفين في ذلك الجبل فحلني حتى أذهب، فأرضعهما ثم أرجع إليك قال: وتفعلين؟ قالت: عذبني الله بعذاب العشار إن لم أفعل فأطلقها فذهبت فأرضعت خشفيها ثم رجعت فأوثقها وانتبه الأعرابي فقال: لك حاجة يا رسول الله؟ قال: نعم، تطلق هذه فأطلقها، فخرجت تعدو وهي تقول: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah berada di padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar suara memanggilnya: Wahai Rasulullah Baginda berpaling ke belakang, namun tidak melihat sesiapa. Apabila Baginda berpaling semula kehadapan, Baginda dapati seekor kijang yang terikat. Kijang tersebut berkata: Wahai Rasulullah, mendekatlah kepadaku. Baginda pun mendekatkan diri kepadanya, lalu bertanya: Apakah kehendakmu? Kijang tersebut berkata: Aku memiliki dua anak di gunung sana. Bebaskanlah aku agar aku dapat menyusukan mereka di sana, kemudian aku akan pulang semula. Baginda meminta kepastian: Kamu akan melakukan hal tersebut? Kijang tersebut bersumpah: Allah akan mengazabku dengan azab yang pedih jika aku tidak kembali. Baginda pun melepaskan ikatan tersebut. Kijang tersebut segera menuju ke gunung tersebut dan menyusukan anaknya. Kemudian ia pulang, dan Baginda mengikatnya semula. Orang Arab Badwi di situ menyedari hal tersebut, lalu bertanya: Adakah anda memiliki sebarang hajat, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Ya, bolehkah kamu membebaskan kijang ini? Arab Badwi segera membebaskannya, dan kijang pun pergi sambil mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan kamu adalah utusan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1112-1113, hadis nombor 5628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحراء فإذا مناديا يناديه: يا رسول الله فالتفت فلم ير أحدا ثم التفت فإذا ظبية موثقة فقالت: ادن مني يا رسول الله، فدنا منها، فقال: حاجتك؟ قالت: إن لي خشفين في ذلك الجبل فحلني حتى أذهب، فأرضعهما ثم أرجع إليك قال: وتفعلين؟ قالت: عذبني الله بعذاب العشار إن لم أفعل فأطلقها فذهبت فأرضعت خشفيها ثم رجعت فأوثقها وانتبه الأعرابي فقال: لك حاجة يا رسول الله؟ قال: نعم، تطلق هذه فأطلقها، فخرجت تعدو وهي تقول: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله. [طب، أبو نعيم، الضعيفة (6737)].

(Lemah) Daripada Umm Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah berada di padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar suara memanggilnya: Wahai Rasulullah Baginda berpaling ke belakang, namun tidak melihat sesiapa. Apabila Baginda berpaling semula kehadapan, Baginda dapati seekor kijang yang terikat. Kijang tersebut berkata: Wahai Rasulullah, mendekatlah kepadaku. Baginda pun mendekatkan diri kepadanya, lalu bertanya: Apakah kehendakmu? Kijang tersebut berkata: Aku memiliki dua anak di gunung sana. Bebaskanlah aku agar aku dapat menyusukan mereka di sana, kemudian aku akan pulang semula. Baginda meminta kepastian: Kamu akan melakukan hal tersebut? Kijang tersebut bersumpah: Allah akan mengazabku dengan azab yang pedih jika aku tidak kembali. Baginda pun melepaskan ikatan tersebut. Kijang tersebut segera menuju ke gunung tersebut dan menyusukan anaknya. Kemudian ia pulang, dan Baginda mengikatnya semula. Orang Arab Badwi di situ menyedari hal tersebut, lalu bertanya: Adakah anda memiliki sebarang hajat, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Ya, bolehkah kamu membebaskan kijang ini? Arab Badwi segera membebaskannya, dan kijang pun pergi sambil mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan kamu adalah utusan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6737]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs