Rasulullah SAW paling takuti fitnah wanita dan harta yang akan menimpa umat Islam

TEKS BAHASA ARAB

أصابتكم فتنة الضراء فصبرتم، وإن أخوف ما أخاف عليكم فتنة السراء من قبل النساء؛ إذا تسورن بالذهب، ولبسن ريط الشام وعصب اليمن، وأتعبن الغني، وكلفن الفقير ما لا يجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun kamu apabila ditimpa fitnah yang menyulitkan, lalu kamu mampu bersabar. Perkara yang paling aku takuti berlaku kepadamu adalah fitnah (ujian) godaan wanita; yang mana memakai gelang emas, pakaian Syam dan perhiasan Yaman. Mereka mengikuti orang kaya dan membebankan orang miskin dengan apa yang tidak dia miliki.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis nombor 6755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أصابتكم فتنة الضراء فصبرتم، وإن أخوف ما أخاف عليكم فتنة السراء من قبل النساء؛ إذا تسورن بالذهب، ولبسن ريط الشام وعصب اليمن، وأتعبن الغني، وكلفن الفقير ما لا يجد.
[خط، ((الضعيفة)) (2788)]

(Sangat Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Adapun kamu apabila ditimpa fitnah yang menyulitkan, lalu kamu mampu bersabar. Perkara yang paling aku takuti berlaku kepadamu adalah fitnah (ujian) godaan wanita; yang mana memakai gelang emas, pakaian Syam dan perhiasan Yaman. Mereka mengikuti orang kaya dan membebankan orang miskin dengan apa yang tidak dia miliki.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2788]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs