Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أصَابَتكُم فتنةُ الضراءِ فصبرتُم، وإن أخوفَ ما أخافُ عليكم فتنةُ السراءِ مِنْ قِبَلِ النساءِ؛ إذا تسوَّرنَ بالذهب، ولبسنَ ريطَ الشام وعُصْبُ اليمنِ، وأَتعبنَ الغَنيَّ، وكلَّفْنَ الفقيرَ ما لا يَجْدُ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun kamu apabila ditimpa fitnah yang menyulitkan, lalu kamu mampu bersabar. Perkara yang paling aku takuti berlaku kepadamu adalah fitnah (ujian) godaan wanita; yang mana memakai gelang emas, pakaian Syam dan perhiasan Yaman. Mereka mengikuti orang kaya dan membebankan orang miskin dengan apa yang tidak dia miliki.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis no. 6755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أصابتكم فتنة الضراء فصبرتم، وإن أخوف ما أخاف عليكم فتنة السراء من قبل النساء؛ إذا تسورن بالذهب، ولبسن ريط الشام وعصب اليمن، وأتعبن الغني، وكلفن الفقير ما لا يجد. [خط، ((الضعيفة)) (2788)]
(Sangat Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Adapun kamu apabila ditimpa fitnah yang menyulitkan, lalu kamu mampu bersabar. Perkara yang paling aku takuti berlaku kepadamu adalah fitnah (ujian) godaan wanita; yang mana memakai gelang emas, pakaian Syam dan perhiasan Yaman. Mereka mengikuti orang kaya dan membebankan orang miskin dengan apa yang tidak dia miliki. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2788]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman