Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يَوْمَ الْفَتْحِ قَاعِداً وَأَبُو بَكْرٍ قَائِمٌ عَلَى رَأْسِهِ بِالسَّيْفِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pada hari pembebasan kota Makkah, Baginda hanya duduk, sementara Abu Bakar berdiri di sisi Baginda sambil menghunus pedang.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis no. 5544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يومَ الفتحِ قاعدًا وأبو بكرٍ قائمٌ على رأسِه بالسيفِ. [البزار، الضعيفة (6478)].
(Lemah lagi Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW pada hari pembebasan kota Makkah, Baginda hanya duduk, sementara Abu Bakar berdiri di sisi Baginda sambil menghunus pedang. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6478]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman