Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ويحَكَ! إذا ماتَ عمرُ؛ فإنِ استطعتَ أن تموتَ؛ فمُت.
Teks Bahasa Melayu
Celakalah kamu! Apabila 'Umar meninggal dunia, lalu kamu mampu untuk meninggal dunia, maka meninggallah kamu.
Sahabat Perawi
- Ismah bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1334, hadis no. 6816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عصمة بن مالك رضي الله عنه، قال: قدم رجل من أهل البادية بإبل له، فلقيه رسول الله صلى الله عليه وسلم فاشتراها منه، فلقيه علي فقال: ما أقدمك؟ قال: قدمت بإبل فاشتراها رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: فنقدك؟ قال: لا، ولكن بعتها منه بتأخير، فقال علي: ارجع، فقل له: يا رسول الله إن حدث بك حدث من يقضيني مالي؟ وانظر ما يقول لك، فارجع إلي حتى تعلمني. فقال: يا رسول الله! إن حدث بك حدث فمن يقضيني؟ قال: أبو بكر. فأعلم علياً. فقال له: ارجع اسأله إن حدث بأبي بكر حدث فمن يقضيني؟ فقال: عمر، فجاء فأعلم علياً. فقال له: ارجع، فسله إذا مات عمر فمن يقضيني؟ فجاء فسأله؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ويحك! إذا مات عمر؛ فإن استطعت أن تموت؛ فمت. [طب، ((الضعيفة)) (3984)]
(Palsu) Daripada 'Ismah bin Malik RA telah berkata: Seorang lelaki dalam kalangan penduduk kampung telah datang bersama unta miliknya, lalu Rasulullah SAW pun menemuinya lalu baginda membeli unta tersebut daripadanya. 'Ali pun bertemu lelaki itu, lalu bertanya: Kenapa kamu datang kesini? Lelaki itu berkata: Aku datang bersama untaku, lalu Rasulullah SAW pun membelinya. 'Ali bertanya: Baginda membayar secara tunai kepadamu? Lelaki itu menjawab: Tidak, tapi aku menjualnya kepada baginda secara bayaran tertangguh. 'Ali pun berkata: Kembalilah, dan katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Jika sesuatu berlaku kepada anda, siapakah yang akan melunaskan hutang anda kepadaku? Dan dengarlah apa yang akan baginda katakan kepadamu, kemudian datang kembali kepadaku agar kamu boleh memberitahuku. Lelaki itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Jika sesuatu berlaku kepada anda, siapakah yang akan melunaskan duit aku? Baginda menjawab: Abu Bakar, lalu lelaki itu memberitahu 'Ali, 'Ali pun berkata kepadanya: Pergi lagi dan tanyakan kepada baginda, jika sesuatu berlaku kepada Abu Bakar, maka siapakah yang akan melunaskan duit aku? Lalu baginda pun menjawab: Umar. Lelaki itu pun memberitahu kepada 'Ali, lalu 'Ali berkata kepadanya: Pergi lagi kemudian tanyakan kepada baginda, jika 'Umar meninggal dunia, maka siapakah yang akan melunaskan duit aku? Lelaki itu pun pergi lalu bertanya kepada baginda. Rasulullah SAW pun bersabda: Celakalah kamu! Apabila 'Umar meninggal dunia, lalu kamu mampu untuk meninggal dunia, maka meninggallah kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3984]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman