Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - أصبر الناس على أوزار الناس.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW merupakan manusia paling penyabar ketika berhadapan dengan kerenah orang ramai.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis no. 378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن إسماعيل بن عياش، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - أصبر الناس على أوزار الناس)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4219)].
(Daif) Daripada Isma’il bin ‘Ayyash, beliau berkata: Rasulullah SAW merupakan manusia paling penyabar ketika berhadapan dengan kerenah orang ramai. [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4219].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman