Rasulullah SAW merasakan sesuatu (yang tidak selesa dan ditimpa sakit) pada suatu malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني على ما ترون بحمد الله، قد قرأت البارحة السبع الطوال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku adalah seperti yang kamu lihat sekarang ini (berada dalam keadaan baik), alhamdulillah. Sesungguhnya semalam aku telah membaca tujuh surah yang panjang (di dalam solat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 280, hadis nombor 1453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: وجد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ذات ليلة شيئا، فلما أصبح قيل: يا رسول الله! إن أثر الوجع عليك لبين، قال: ((إني على ما ترون بحمد الله، قد قرأت البارحة السبع الطوال)).
[ابن خزيمة في ((صحيحه))، حب، ع، ك، ((الضعيفة)) (3995)]

(Lemah) Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW merasakan sesuatu (yang tidak selesa dan ditimpa sakit) pada suatu malam. Sebaik sahaja baginda bangun pada waktu Subuh, dikatakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kesakitan pada diri kamu adalah jelas kelihatan. Kemudian baginda menjawab: Sesungguhnya aku adalah seperti yang kamu lihat sekarang ini (berada dalam keadaan baik), alhamdulillah. Sesungguhnya semalam aku telah membaca tujuh surah yang panjang (di dalam solat).
[Riwayat dalam al-sahih oleh Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Musnad Abi Ya'la dan Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3995]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.