TEKS BAHASA ARAB
كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يأمر بدفن الشعر والأظفار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW menyuruh agar rambut dan kuku (yang dipotong atau yang gugur) ditanam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن وائل، قال: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يأمر بدفن الشعر والأظفار)). [طب، هب، ((الضعيفة)) (2357)].
(Lemah)
Daripada Wa’il, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menyuruh agar rambut dan kuku (yang dipotong atau yang gugur) ditanam.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2357].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.