Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يأمرُ بدَفْنِ الشعرِ والأظفارِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW menyuruh agar rambut dan kuku (yang dipotong atau yang gugur) ditanam.
Sahabat Perawi
- Wa'il
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن وائل، قال: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يأمر بدفن الشعر والأظفار)). [طب، هب، ((الضعيفة)) (2357)].
(Lemah) Daripada Wa’il, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menyuruh agar rambut dan kuku (yang dipotong atau yang gugur) ditanam. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2357].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman