Rasulullah SAW menyebut doa ini ketika memakai pakaian

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله الذي رزقني من الرياش ما أتجمل به في الناس، وأواري به عورتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku rezeki berupa pakaian sehingga aku dapat mencantikkan diriku dengannya di hadapan manusia dan aku dapat menutup auratku dengan sempurna.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis nombor 8280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مطر: أنه رأى عليا أتى غلاما حدثا، فاشترى منه قميصا بثلاثة دراهم، ولبسه إلى ما بين الرسغين إلى الكعبين يقول ولبسه: ((الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي مِنْ الرِّيَاشِ مَا أَتَجَمَّلُ بِهِ فِي النَّاسِ، وَأُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي)). فقيل: هذا شيء ترويه عن نفسك أو عن نبي الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: هذا شيء سمعتُه من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقوله عند الكسوة: الحمد لله الذي … إلخ. [حم، عم، ع، ((الضعيفة)) (6263)].

(Lemah)
Daripada Abu Mutir: Dia telah melihat Ali mendatangi seorang pemuda lalu dia membeli daripadanya sehelai baju dengan tiga dirham. Kemudian Ali RA memakainya dan pakaian itu (panjangnya) di antara betis dan buku lali sambil berkata ketika memakainya: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku rezeki berupa pakaian sehingga aku dapat mencantikkan diriku dengannya di hadapan manusia dan aku dapat menutup auratku dengan sempurna. Dikatakan kepadanya: Adakah perkara ini kamu riwayatkan daripada dirimu atau daripada Nabi Allah SAW? Maka dia menjawab: Perkara ini aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW menyebutnya ketika memakai pakaian. “Segala puji bagi Allah yang …(hingga ke akhirnya).”
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6263].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs