Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي مِنْ الرِّيَاشِ مَا أَتَجَمَّلُ بِهِ فِي النَّاسِ، وَأُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي.
Teks Bahasa Melayu
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku rezeki berupa pakaian sehingga aku dapat mencantikkan diriku dengannya di hadapan manusia dan aku dapat menutup auratku dengan sempurna.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis no. 8280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مطر: أنه رأى عليا أتى غلاما حدثا، فاشترى منه قميصا بثلاثة دراهم، ولبسه إلى ما بين الرسغين إلى الكعبين يقول ولبسه: ((الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي مِنْ الرِّيَاشِ مَا أَتَجَمَّلُ بِهِ فِي النَّاسِ، وَأُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي)). فقيل: هذا شيء ترويه عن نفسك أو عن نبي الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: هذا شيء سمعتُه من رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقوله عند الكسوة: الحمد لله الذي ... إلخ. [حم، عم، ع، ((الضعيفة)) (6263)].
(Lemah) Daripada Abu Mutir: Dia telah melihat Ali mendatangi seorang pemuda lalu dia membeli daripadanya sehelai baju dengan tiga dirham. Kemudian Ali RA memakainya dan pakaian itu (panjangnya) di antara betis dan buku lali sambil berkata ketika memakainya: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku rezeki berupa pakaian sehingga aku dapat mencantikkan diriku dengannya di hadapan manusia dan aku dapat menutup auratku dengan sempurna. Dikatakan kepadanya: Adakah perkara ini kamu riwayatkan daripada dirimu atau daripada Nabi Allah SAW? Maka dia menjawab: Perkara ini aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW menyebutnya ketika memakai pakaian. “Segala puji bagi Allah yang …(hingga ke akhirnya).” [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6263].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman