Rasulullah SAW menyapu kepala Abdullah bin Abbas RA dan berdoa untuknya serta berpesan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كانت لك حاجة؛ فاسأل الله عز وجل؛ فقد جف القلم بما هو كائن، لو جهد الخلق أن ينفعوك بغير ما كتب الله لك لم يقدروا، ولو جهدوا أن يضروك لم يقدروا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mempunyai hajat, maka mintalah kepada Allah Azzawajalla. Telah keringlah pena tentang apa yang akan berlaku. Walaupun ada yang bersungguh-sungguh untuk memberimu manfaat selain apa yang telah Allah tuliskan bagimu maka dia tidak akan mampu. Dan sekiranya ada yang bersungguh-sungguh ingin memudaratkanmu maka mereka juga tidak mampu (tanpa izinNya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis nombor 7751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: مسح رسول الله صلى الله عليه وسلم رأسي بيده ودعا لي وقال: ((إذا كانت لك حاجة؛ فاسأل الله عز وجل؛ فقد جف القلم بما هو كائن، لو جهد الخلق أن ينفعوك بغير ما كتب الله لك لم يقدروا، ولو جهدوا أن يضروك لم يقدروا)). [ تخ-معلقا-، عق-موصولا-، ((الضعيفة))(5740)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW menyapu kepalaku dengan tangannya dan berdoa untukku, lalu baginda bersabda: “Jika kamu mempunyai hajat, maka mintalah kepada Allah Azzawajalla. Telah keringlah pena (telah ditetapkan) segala apa yang akan berlaku. Walaupun ada yang bersungguh-sungguh untuk memberimu manfaat selain apa yang telah Allah tuliskan bagimu maka dia tidak akan mampu. Dan sekiranya ada yang bersungguh-sungguh ingin memudaratkanmu maka mereka juga tidak mampu (tanpa izinNya).”
[Riwayat al-Bukhari di dalam al-Tārīkh al-Kabīr secara muallaq dan al-Uqayli di dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr secara mawsul. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5740].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.